Penganalisis Politik Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan itu menggambarkan sistem keadilan negara berada di tahap yang tinggi dan perlu dihormati. Malah, beliau berpandangan karier politik Datuk Seri Najib Tun Razak selepas ini akan berlalu dengan pantas dan berliku serta menjadi persoalan siapa yang akan menggantikannya di Parlimen Pekan pada PRU15 nanti.